Saturday, May 9, 2009


Tutup Kilang Arak : Pas Bagi Alasan Putar Belit

Pas tidak seharusnya terus menipu ahli bawahannya berhubung isu penutupan kilang arak di negeri Selangor atas alasan hanya memainkan peranan minoriti dalam kerajaan negeri.Ini kerana tegas Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali sejak membentuk pakatan bagi menerajui kerajaan negeri, Pas seperti merelakan diri mereka untuk ditarik hidung.

Jelas beliau lagi tindakan parti terbabit yang menjadikan kuasa yang terhad di dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagai alasan adalah hipokrit semata-mata.Menurut beliau sebagai sebuah parti yang bergabung di bawah kerajaan pakatan pembangkang, Pas boleh melaungkan hasrat mereka dalam merealisasikan hasrat ahli di akar umbi"Sekarang mereka dah ada kuasa dan hanya perlu bersuara sahaja.

Namun apa yang kita nampak sehingga hari ini tidak kedengaran di kalangan kepimpinan mereka yang lantang menyatakan hal sedemikian. Jika dulu semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional mereka cukup lantang menyerang tapi kenapa bila dah ada kuasa mulut mereka seperti tersumbat", katanya.Beliau berkata demikian kepada laman web Pemuda sebagai mengulas pengakuan terbuka Exco Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad bahwa mereka masih gagal memenuhi tuntutan ahlinya dalam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di Selangor terutama penutupan kilang arak.Menurut Iskandar, perkara itu adalah disebabkan oleh peranan parti itu yang hanya memainkan peranan minoriti dalam kerajaan negeri kerana masih bergantung pada konsep muafakat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Suhaimi yang juga Ketua Pemuda Sepang seterusnya berkata alasan yang diberikan Pas itu membuktikan hakikat sebenar betapa mereka sanggup menjadi 'Pak Turut' demi kuasa."Dulu di negeri ini antara perjuangan utama mereka menutup kilang arak. Kerajaan BN dihentam kiri dan kanan sepanjang masa. Tapi kini mereka bagi pelbagai alasan. Pas bukan sahaja gagal bertindak malah nak bersuara lantang pun mereka tak berani", ujarnya.

Cetusan Sahabat-Gunung

No comments:

Post a Comment