Sunday, March 15, 2009

MENTALITI PEMIMPIN WANITA PAS

Saturday, March 14, 2009

Percakapan Ketua Muslimah Pas

"Kami bukan gila mengutuk, tapi apa yang dihamburkan terhadap pimpinan Umno-Barisan Nasional adalah berdasarkan pada bukti dan kebenarannya sejak mereka memerintah 51 tahun negara ini. Kami pun sebenarnya sudah hampir jemu dan jelak untuk bercakap perkara sama mengenai perbuatan seperti Najib dan rakan-rakannya. Tetapi, tiada cara lain untuk menyedarkan rakyat bagi menghalang penyelewingan Umno-BN berterusan. Rakyat telah dihalang dengan gas pemedih mata dan pancutan meriam air yang mengganggu protes aman terdiri puluhan ribu rakyat berbilang kaum dari berbagai peringkat ilmuan untuk menentang prinsip amalan penjajah itu."
Kata Nuridah, berdasarkan kajian dari badan profesional Bahasa Melayu menunjukkan dasar itu telah meninggikan draf kemerosotan perbelajaran anak-anak Melayu dalam sains dan matematik penghantar bahasa Inggeris.
"Tapi, sungguh sayang kerajaan Umno-BN terus membodohkan diri tidak peduli saranan pimpinan profesional bahasa di kalangan rakyat," jelasnya. Tegas Nuridah, dasar tersebut seumpama "keris makan tuan" iaitu merosakkan masa depan generasi muda kita .
"Anak-anak kita bukan bertambah maju ke depan malah sebaliknya ianya banyak mendorong kepada kegiatan sosial yang negatif, seperti mendekati penyalahan pengunaan dadah, mat rempit dan terpengaruh sosial liar, tegas Nuridah.Sumber" Haprakdaily.Kalaulah saya tidak mengetahui siapakah yang menuturkan kata-kata di atas pastinya saya akan berkata, ucapan berkenaan adalah dari seorang bohsia atau pelacur jalanan! Hampir hendak termuntah apabila mengetahui bahawa ucapan itu dituturkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh (beliau tidak layak digelar ustazah) sempena Pelancaran Gerak Kerja PRK Parlimen Bukit Gantang, Simpang Empat minggu lepas.Apa kaitannya pembelajaran Sains dan Matematik dengan kegiatan Mat Rempit, pengaruh sosial luar dan penggunaan dadah di kalangan anak-anak kita? Berapa ramai hati ibu bapa termasuk saya yang terguris dengan kenyataan ini. Semoga Harakahdaily tidak dibaca oleh orang luar. Mentaliti pemimpin-pemimpin Pas amat memualkan. Lain kali kalau bercakap guna akal fikiran anugerah Allah, bukan kepala lutut wahai Nuridah!

PETIKAN:http://khairulryezal.blogspot.com/2009/03/percakapan-ketua-muslimah-pas-macam.html

** Inikah nilai pemikiran seorang pemimpin wanita dari parti pas??? patutlah Datuk MB kelantan Tuan Guru Nik Aziz tak berapa berminat kepada muslimah pas jd waikil rakyat,....bercakap tak pakai otak

Sunday, March 8, 2009

RENUNGAN BUAT UMAT MELAYU

Amaran Kepada Pemimpin Melayu

1. Pertahankan Perlembagaan Malaysia

2. Jangan jual negara

3. Hak istimewa orang melayu

Perlu diingat bahawa perjuangan orang Melayu sekadar mempertahankan hak yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan dan tidak sekali-kali meminta hak orang lain, apatah lagi untuk merampas semula apa yang telah diberikan kepada kaum lain.

KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.

Tulisan di atas dipetik daripada laman blog di bawah untuk sama-sama kita fikir, bermuhasabah diri dan renung-renungkan:http://deklarasijandabaik.blogspot.com/

Thursday, February 26, 2009

KENYATAAN MEDIA: YB NAIB KETUA PEMUDA MALAYSIA

Kenyataan Akhbar YB Khairy Jamaluddin,
Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Dan Ahli Parlimen Rembau di Parlimen - Malaysiakini


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan yang dibuat oleh YB Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Pengerusi DAP, dalam Dewan Rakyat semalam.

Tuduhan beliau bahawa Pemuda UMNO bertanggungjawab atas kiriman peluru pistol padanya adalah satu tuduhan liar, gila dan berniat jahat serta telah menimbulkan kemarahan seluruh 700,000 ahli Pemuda UMNO Malaysia.

Perkataan celupar, kesat dan “unparliamentary” yang diguna dan dilontarkan kepada Pemuda UMNO juga membuktikan beliau seorang wakil rakyat yang tidak bertamaddun, tiada adab, kesopanan, kelas dankualiti.

DAP sering membangkitkan isu “Parlimen kelas atau tahap dunia pertama”. Namun, tindakan Pengerusinya itu jelas menunjukkan perangai dan sikap Ahli Parlimen yang langsung tiada kelas.
Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang Ahli Parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran. Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda UMNO, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam. Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan.


Kami tidak akan membuangkan masa dengan meminta beliau memohon maaf kerana manusia seperti beliau tidak mengerti makna taubat dan pengakuan salah. Pemuda UMNO cuma mencabar beliau membawa bukti kukuh dan sekiranya beliau gagal, semua rakyat boleh menyimpulkan bahawa Karpal Singh adalah penipu yang ketandusan modal.

Pemuda UMNO sekali lagi menegaskan bahawa tindakan ahli-ahli kita yang telah membuat laporan polis terhadap Karpal yang berjumlah lebih dari 100 laporan, mencerminkan perasaan majoriti rakyat, terutamanya masyarakat Melayu yang masih marah dengan ugutan Karpal untuk mengheret Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak ke mahkamah.

Sebagai seorang peguam terkenal, Karpal patut sedar bahawa tindakan Pemuda UMNO ini mengikut undang-undang dan berlandaskan hak setiap rakyat Malaysia. Pemuda UMNO juga mendesak pihak Peguam Negara untuk bertindak cepat atas syor-syor Polis Diraja Malaysia, berdasarkan segala laporan polis berkenaan yang dibuat sebelum ini.

Kami mahu mengingatkan Karpal bahawa bukan Pemuda UMNO yang main-main. Sebenarnya Karpal yang main-main dengan sentimen rakyat dan bermain dengan api. Sekiranya beliau tidak bertaubat dan berhenti, kemarahan yang masih membara ini akan menjadi lebih dahsyat. Pemuda UMNO tidak akan berhenti untuk menentang Karpal, di mana sahaja demi kemaslahatan rakyat, prinsip Rukun Negara dan institusi raja berperlembagaan.


Sumber: Rembau Dot Net

KENYATAAN MEDIA

YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR
AHLI PARLIMEN JERLUN

Saya mengecam sekeras-kerasnya keceluparan Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Karpal Singh menggunakan kata-kata kesat terhadap Pergerakan Pemuda UMNO di Parlimen kelmarin.

Beliau bukan sahaja telah melanggar peruntukkan 36 (4) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan kata-kata kesat digunakan sewaktu perbahasan di dalam Dewan, malah ianya berunsur fitnah dan pembohongan apabila menuduh Pergerakan Pemuda UMNO sebagai membuat ancaman jenayah dengan menghantar dua butir peluru kepadanya.
Melanggari peruntukkan 36 (4) tersebut, YB Karpal Singh telah dengan sengaja cuba mengalih perhatian rakyat terhadap penderhakaan beliau kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Maka saya dengan tegasnya mendesak Pengerusi Kebangsaan DAP itu untuk mengakui Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menyanjung Sistem Raja Berpelembagaan. Kegagalan berbuat demikian membuktikan bahawa YB Karpal Singh mengkhianati Rukunegara dan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, saya menggesa pihak berkuasa agar segera menahan dan mendakwa YB Karpal Singh di bawah Akta Hasutan 1948 jika beliau terus enggan berganjak daripada sikap penderhakaan ini.

Pada masa yang sama, saya ingin berpesan kepada YB Karpal Singh agar jangan terlalu besar kepala sehingga tidak menghormati Raja-Raja Melayu kita. Kenyataannya bahawa “Singh is King” menunjukkan bahawa beliau sudah terlalu takbur sehingga menganggap dirinya seorang Raja mengatasi kedaulatan Raja-Raja Melayu yang sudah bertakhta sejak turun temurun.
Bak kata pepatah Melayu, “Telajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa;, keceluparan beliau adalah provokasi yang tidak diundang. YB Karpal Singh nyata tidak langsung menghormati mahupun mengendahkan tatasusila mesyuarat dan kesopanan Dewan Rakyat.

Meskipun akhirnya YB Karpal Singh menarik balik kenyataan yang telah dibuat, saya menggesa beliau digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat untuk suatu tempoh yang dianggap wajar sebagai sempadan yang mesti diawasi oleh ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Rakyat.

Saturday, February 21, 2009

Ingin berkongsi

Petikan Maksud Al-Quran Berkaitan Polemik Politik Hari Ini

Maksud bagi ayat-ayat Al-Quran dibawah wajar kita bersama fahami apa yang diperintahkan Allah SWT kepada kita yang beragama Islam :

[144] Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?

[145] Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) Neraka dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

[146] Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah) dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.

Surah An-Nisa 4 :144-146

[70] Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).

Surah Al-An'am 6:70


** Saya hanya ingin berkongsi, jika salah saya harap ditegur. Yang baik datang dari Allah jua dan yang lemah itu datang dari kelemahan saya.
*

Friday, February 20, 2009

KATA KATA HIKMAH

marilah kita pakat renungkan nasihat ini..


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.


Sunday, February 15, 2009

Mengapa YB Nizar harus letak jawatan

PANDANGAN PENSYARAH UNDANG-UNDANG BERKAITAN KRISIS DI PERAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.

Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.


salin dari : http://kerispusakamelayu.wordpress.com/