Thursday, February 26, 2009

KENYATAAN MEDIA: YB NAIB KETUA PEMUDA MALAYSIA

Kenyataan Akhbar YB Khairy Jamaluddin,
Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Dan Ahli Parlimen Rembau di Parlimen - Malaysiakini


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan yang dibuat oleh YB Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Pengerusi DAP, dalam Dewan Rakyat semalam.

Tuduhan beliau bahawa Pemuda UMNO bertanggungjawab atas kiriman peluru pistol padanya adalah satu tuduhan liar, gila dan berniat jahat serta telah menimbulkan kemarahan seluruh 700,000 ahli Pemuda UMNO Malaysia.

Perkataan celupar, kesat dan “unparliamentary” yang diguna dan dilontarkan kepada Pemuda UMNO juga membuktikan beliau seorang wakil rakyat yang tidak bertamaddun, tiada adab, kesopanan, kelas dankualiti.

DAP sering membangkitkan isu “Parlimen kelas atau tahap dunia pertama”. Namun, tindakan Pengerusinya itu jelas menunjukkan perangai dan sikap Ahli Parlimen yang langsung tiada kelas.
Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang Ahli Parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran. Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda UMNO, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam. Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan.


Kami tidak akan membuangkan masa dengan meminta beliau memohon maaf kerana manusia seperti beliau tidak mengerti makna taubat dan pengakuan salah. Pemuda UMNO cuma mencabar beliau membawa bukti kukuh dan sekiranya beliau gagal, semua rakyat boleh menyimpulkan bahawa Karpal Singh adalah penipu yang ketandusan modal.

Pemuda UMNO sekali lagi menegaskan bahawa tindakan ahli-ahli kita yang telah membuat laporan polis terhadap Karpal yang berjumlah lebih dari 100 laporan, mencerminkan perasaan majoriti rakyat, terutamanya masyarakat Melayu yang masih marah dengan ugutan Karpal untuk mengheret Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak ke mahkamah.

Sebagai seorang peguam terkenal, Karpal patut sedar bahawa tindakan Pemuda UMNO ini mengikut undang-undang dan berlandaskan hak setiap rakyat Malaysia. Pemuda UMNO juga mendesak pihak Peguam Negara untuk bertindak cepat atas syor-syor Polis Diraja Malaysia, berdasarkan segala laporan polis berkenaan yang dibuat sebelum ini.

Kami mahu mengingatkan Karpal bahawa bukan Pemuda UMNO yang main-main. Sebenarnya Karpal yang main-main dengan sentimen rakyat dan bermain dengan api. Sekiranya beliau tidak bertaubat dan berhenti, kemarahan yang masih membara ini akan menjadi lebih dahsyat. Pemuda UMNO tidak akan berhenti untuk menentang Karpal, di mana sahaja demi kemaslahatan rakyat, prinsip Rukun Negara dan institusi raja berperlembagaan.


Sumber: Rembau Dot Net

KENYATAAN MEDIA

YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR
AHLI PARLIMEN JERLUN

Saya mengecam sekeras-kerasnya keceluparan Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Karpal Singh menggunakan kata-kata kesat terhadap Pergerakan Pemuda UMNO di Parlimen kelmarin.

Beliau bukan sahaja telah melanggar peruntukkan 36 (4) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan kata-kata kesat digunakan sewaktu perbahasan di dalam Dewan, malah ianya berunsur fitnah dan pembohongan apabila menuduh Pergerakan Pemuda UMNO sebagai membuat ancaman jenayah dengan menghantar dua butir peluru kepadanya.
Melanggari peruntukkan 36 (4) tersebut, YB Karpal Singh telah dengan sengaja cuba mengalih perhatian rakyat terhadap penderhakaan beliau kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Maka saya dengan tegasnya mendesak Pengerusi Kebangsaan DAP itu untuk mengakui Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menyanjung Sistem Raja Berpelembagaan. Kegagalan berbuat demikian membuktikan bahawa YB Karpal Singh mengkhianati Rukunegara dan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, saya menggesa pihak berkuasa agar segera menahan dan mendakwa YB Karpal Singh di bawah Akta Hasutan 1948 jika beliau terus enggan berganjak daripada sikap penderhakaan ini.

Pada masa yang sama, saya ingin berpesan kepada YB Karpal Singh agar jangan terlalu besar kepala sehingga tidak menghormati Raja-Raja Melayu kita. Kenyataannya bahawa “Singh is King” menunjukkan bahawa beliau sudah terlalu takbur sehingga menganggap dirinya seorang Raja mengatasi kedaulatan Raja-Raja Melayu yang sudah bertakhta sejak turun temurun.
Bak kata pepatah Melayu, “Telajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa;, keceluparan beliau adalah provokasi yang tidak diundang. YB Karpal Singh nyata tidak langsung menghormati mahupun mengendahkan tatasusila mesyuarat dan kesopanan Dewan Rakyat.

Meskipun akhirnya YB Karpal Singh menarik balik kenyataan yang telah dibuat, saya menggesa beliau digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat untuk suatu tempoh yang dianggap wajar sebagai sempadan yang mesti diawasi oleh ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Rakyat.

Saturday, February 21, 2009

Ingin berkongsi

Petikan Maksud Al-Quran Berkaitan Polemik Politik Hari Ini

Maksud bagi ayat-ayat Al-Quran dibawah wajar kita bersama fahami apa yang diperintahkan Allah SWT kepada kita yang beragama Islam :

[144] Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?

[145] Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) Neraka dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

[146] Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah) dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.

Surah An-Nisa 4 :144-146

[70] Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).

Surah Al-An'am 6:70


** Saya hanya ingin berkongsi, jika salah saya harap ditegur. Yang baik datang dari Allah jua dan yang lemah itu datang dari kelemahan saya.
*

Friday, February 20, 2009

KATA KATA HIKMAH

marilah kita pakat renungkan nasihat ini..


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.


Sunday, February 15, 2009

Mengapa YB Nizar harus letak jawatan

PANDANGAN PENSYARAH UNDANG-UNDANG BERKAITAN KRISIS DI PERAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.

Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.


salin dari : http://kerispusakamelayu.wordpress.com/

APA ADA PADA 14 FEBUARI

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Sejarah Sambutan Hari Valentine

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum Sambut Valentine

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)


* SEMOGA ALLAH KURNIAKAN HARI-HARI YANG KITA LALUI DENGAN RAHMAT DAN KEBERKATAN...

Thursday, February 5, 2009

PERINGATAN BUAT BANGSA MELAYU ISLAM

PERINGATAN BUAT BANGSA MELAYU ISLAM

INGATLAH BANGSA MELAYU ISLAM, KINI KUASA POLITIK KITA KIAN TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN SESAMA KITA. APA YANG TINGGAL UNTUK MEMBUKTIKAN TANAHAIR INI MILIK KITA? BIDANG EKONOMI? TARAF SOSIAL? KUASA POLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI OLEH BANGSA LAIN.SUDAH KUAT DAN SETANDINGKAH KITA DENGAN BANGSA LAIN? BERSEDIAKAH KITA BERTANDING SECARA TERBUKA DENGAN BANGSA LAIN TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... FIKIRKAN APAKAH MASIH ADA MASA DEPAN UNTUK ANAK CUCU & GENERASI KITA AKAN DATANG JIKA TERUS LEMAH DAN GAGAL BERSAING... APA AKAN JADI JIKA KITA GAGAL MEMPERTAHANKAN HAK KITA... APAKAH KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH SECARA TERANCANG OLEH BANGSA LAIN DI TANAHAIR SENDIRI...MAHUKAH KITA MENJADI SEPERTI MELAYU SINGAPURA... TERJAJAH, DITINDAS DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KERANA TERPERDAYA MERELAKAN DIPERINTAH KAUM LAIN (CINA) YANG BUKAN PENDUDUK ASAL... HINGGA HAMPIR HILANG IDENTITI MELAYU ISLAM ITU SENDIRI...INSAFLAH... KITA HARUS PERTAHANKAN HAK KITA SERTA BERJUANGAN DAN BERSATU DEMI GENERASI KITA AKAN DATANG... USAH TERLALU ASYIK MEMBERI KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN... BANGUNLAH USAH BERASA RENDAH DIRI DAN MALU LAGI... PERJUANGKAN KETUANAN MELAYU DI TANAH MILIK KITA INI... INI BUKAN BERSIFAT PERKAUMANNAMUN ADALAH DEMI MENJADIKAN REALITI SATU BANGSA MELAYU YANG BERJAYA NANTI


Wednesday, February 4, 2009

Intisari Enakmen Rizab Melayu

1. MUKADIMAH

Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan dinegeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Enakmen Rizab Melayu 1913 ini telah dimansuhkan mulai daripada 15.12.1933 dan digantikan dengan ERM 1933. Pada tahun 1935 ERM 1933 ini telah disemak dan diterbitkan semula sebagai ERM (NMB Bab 142) dan digunakan hingga ke hari ini.

Negeri-negeri lain kemudiannya turut mengwujudkan ERM mereka masing-masing iaitu :-

a) ERM Kelantan 1930
b) ERM Kedah 1931
c) ERM Perlis 1935
d) ERM Johor 1936
e) ERM Terengganu 1941

British tidak mengadakan apa-apa ERM di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.

2. OBJEKTIF RIZAB MELAYU

2.1 Terdapat dua objektif utama :-

2.1.1 Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu

2.1.2 Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

3. MATLAMAT

Dengan dua objektif itu adalah diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu akan berkekalan dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.

4. PENGISYTIHARAN

4.1 Kuasa PengisytiharanDi Negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dimana ERM (NMB Bab 142) dipakai, kuasa untuk membuat pengisytiharan terletak pada Menteri Besar dengan kelulusan Raja Dalam Mesyuarat. Di Johor, PTG dengan kelulusan RDM manakala di lain-lain negeri, RDM.

4.2 Tujuan Pengisytiharan

4.2.1 Untuk mengwujudkan satu kawasan Rizab Melayu4.2.2 Untuk membatalkan kawasan Rizab Melayu

4.2.2.1 Untuk meminda had atau sempadan mana-mana Rizab Melayu

4.3 Tanah yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu.

4.3.1 Tanah Kerajaan
4.3.2 Tanah Hutan Simpan
4.3.3 Tanah Rizab Awam
4.3.4 Tanah Milik

4.4 Syarat-syarat Pengisytiharan

4.4.1 Tanah yang belum dimajukan (not developed) atau dicucuk tanam (cultivated) sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai kawasan Rizab Melayu. [Perkara 89(2) Perlembagan Persekutuan]

4.4.2 Jika 100 hektar tanah kawasan baru diisytiharkan maka satu kawasan lain yang belum dimajukan atau dicucuktanam seluas 100 hektar juga hendakalah disediakan untuk diberimilik pada orang ramai termasuk Melayu.[Perkara 89(2)Perlembagan Persekutuan]

4.4.3 Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti.Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan]

4.4.4 Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentinagan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. (Rujuk Perkara 89(4) Perelembagan Persekutuan]

4.4.5 Bagi maksud Enakmen Rizab Melayu Kedah, tanah bandar atau tanah yang termasuk dalam kawasan “Sanitary Board” tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu [ Sek.3(1)ERM Kedah ]

4.4.6 Dibawah Enakmen Rizab Melayu Terengganu pula hanya tanah bandar atau tanah pekan sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Lihat tafsiran (d) ‘Malay Holding’]

4.5 Rizab Melayu Kekal Sebagai Rizab Melayu

Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagi batal oleh pihak yang berkenaan.

4.6 Rizab Orang Asli

Kawasaan dan Rizab Orang Asli tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Seksyen 6 (2) dan 7 (2) Akta Orang Asli 1954]

5. TAFSIRAN MELAYU

5.1 Peruntukan Perkara 160 Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan“Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan
a) lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau Singapura; atau
b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.5.2 Peruntukan Perkara 89 Fasal 6 Perlembagaan Persekutuan

5.2.1 “Melayu” termasuklah seseorang yang disifatkan sebagai seorang Melayu bagi maksud-maksud merizabkan tanah di bawah undang-undang bagi negeri di mana ia bermastautin.

5.2.2 Undang-undang tanah negeri yang dimaksudkan oleh Perkara 89 Fasal 6 Perlembagaan Persekutuan itu ialah keenam-enam ERM yang berkuatkuasa di Semenanjong Malaysia kini di mana tiap-tiap ERM itu memberikan tafsiran “Melayunya” sendiri.

5.3 Takrif Melayu diBawah ERM

5.3.1 ERM NMB Bab 142
‘Melayu” ertinya seorang yang berasal dari mana-mana bangsa “Melayan” yang lazim bertutur dalam bahasa Melayu atau mana-mana bahasa “Malayan” dan menganut Ugama Islam.
5.3.2 ERM Kelantan
‘Melayu ertinya seseorang yang berasal dari mana-mana bangsa “Malayan” yang bercakap mana-mana bahasa Malayan dan menganut Ugama Muhamad, dan hendaklah termasuk:-
(a) Majlis Ugama Islam dan(b) Pegawai Pemegang Harta apabila bertindak sebagai Pentadbir atau Pemegang Amanah bagi harta pusaka simati orang Melayu.
5.3.3 ERM Kedah
‘Melayu’ ertinya seorang yang menganut Ugama Islam dan lazim bercakap bahasa Melayu yang sekurang-kurangnya seorang daripada ibubapanya adalah bangsa Malayan atau berketurunan Arab.
5.3.4 ERM Perlis
“Melayu” ertinya seorang yang berasal dari mana-mana bangsa Malayan atau orang keturunan Arab yang lazim bercakap bahasa Melayu atau mana-mana bahasa Malayan dan menganut Ugama Islam.
5.3.5 ERM Johor
‘Melayu’ ertinya seorang yang berasal dari Bangsa Melayu atau mana-mana bangsa Malaysia yang lazim bercakap bahasa Malayan dan menganut Ugama Islam dan ungkapan itu hendaklah disifatkan sebagai termasuk Pihak Berkuasa, Lembaga, Pertubuhan, Persatuan dan syarikat yang ditetapkan dalam Jadual Kedua kepada Enakmen ini.5
.3.6 ERM Terengganu‘Melayu” ertinya seorang yang berasal dari mana-mana bangsa Malayan yang lazim bercakap Melayu atau mana-mana bahasa Malayan dan menganut Ugama Islam.

5.4 Rumusan Takrif Melayu

Sebagai rumusan ‘Melayu’ bagi maksud kesemuaa ERM hendaklah pada masa yang sama mempunyai tiga faktor serentak iaitu;
a) hendaklah berketurunan Melayu atau Malayan (Kecuali Kedah dan Perlis yang turut mengiktiraf keturunan Arab)
b) hendaklah lazim bercakap Melayu atau Malayan
c) hendaklah berugama IslamWalaupun kedua-dua ERM Kedah dan Perlis mengikhtiraf mereka yang berketurunan Arab, namun terdapat juga perbezaan di antara ‘Melayu” Kedah dan ‘Melayu’ Perlis.

5.4.1 Konsep Malayan
‘Malayan’ dalam konteks perundangan Rizab Melayu merangkumi ethnik-ethnik Melayu yang terdapat di gugusan kepulauan Melayu seperti Orang Asli, Jawa, Banjar, Minangkabau, Mendeling, Panai, Bangka Hulu, Boyan, Patani dan lain-lain lagi.
5.4.2 Keraguan
Dalam tiap-tiap ERM ada diperuntukan bahawa jika timbul keraguan untuk membuat kepastian sama ada seseorang itu Melayu atau tidak, maka rujukan hendaklah dibuat kepada Raja Dalam Mesyuarat yang mana keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dikaji semula atau dipinda oleh mana-mana Mahkamah.
5.4.3 Melayu ERM mengatasi Melayu Perlembagaan
Walaupun tafsiran ‘Melayu’ didalam Perkara 160 Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan kelihatan semacam mengatasi tafsiran ‘Melayu’ didalam tiap-tiap ERM, namun oleh kerana tafsiran ‘Melayu’ di dalam ERM itu dibuat mengikut peruntukan Perkara 89 Fasal 6 Perlembagaan Persekutuan maka tafsiran ‘MELAYU’ di dalam ERM itu MENGATASI tafsiran ‘Melayu’ di bawah Perkara 160 Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan.Melayu bagi maksud Perkara 160 Fasal 2 memberi penekanan kepada adat istiadat, manakala di bawah Perkara 89 Fasal 6 seperti yang diberikan pada tiap-tiap ERM memberi tekanan kepada keturunan.
5.4.4 Lain-lain tafsiran Melayu
Lain-lain bentuk tafsiran Melayu yang diberikan oleh mana-mana undang-undang tidak terpakai bagi maksud ERM.
5.4.5 Syarikat Melayu
ERM mentafsirkan Melayu sebagai “Melayu” dengan syarat tiga unsur hendaklah ada serentak pada satu masa. Ketiga-tiga itu ialah:-

1. Syarikat itu hendaklah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu syarikat sendirian berhad. Syarikat Kerjasama yang didaftarkan dibawah Akta Syarikat Kerjasama 1946 tidak boleh diambil kira.
2. Kesemua ahlinya hendaklah Melayu atau syarikat Melayu yang ditafsirkan sebagai Melayu
3. Ada diperuntukan secara hitam putih didalam undang-undang tubuhnya bahawa penjualan saham-saham syarikat itu hanya pada Melayu atau syarikat Melayu sahaja.
Kesemua syarikat sendirian berhad yang mempunyai ketiga-tiga ciri diatas, secara automatik ditafsirkan sebagai Melayu.Begitu juga dengan kedudukan syarikat-syarikat Melayu di Johor yang ditafsirkan sebagai Melayu di bawah seksyen 2 ERM Johor. [Sila lihat Jadual Kedua ERM Johor]
Di Kedah, syarikat sendirian berhad tidak akan menjadi Melayu secara automatik. Syarikat-syarikat secara kes demi kes, terpaksa diisytiharkan sebagai Melayu dibawah seksyen 19 ERM Kedah terlebih dahulu.

Dibawah seksyen 17A ERM Perlis, syarikat-syarikat ditakrifkan sebagai Melayu dan kesemua syarikat berkenaan ada disenaraikan pada Jadual D, ERM PerlisDi Kelantan keadaanya lain sekali. Mana-mana syarikat sendirian berhad yang hendak memohon tanah rizab Melayu di Kelantan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Raja. Dalam Mesyuarat di bawah seksyen 13A(I)(a) ERM Kelantan terlebih dahulu.Kelulusan yang berasingan perlu didapatkan setiap kali syarikat itu mengemukakan permohonan. Ertinya, jika sesuatu syarikat itu telah mendapat satu kelulusan untuk memohon tanah Rizab Melayu di Tumpat maka satu kelulusan lain perlu didapatkan jika syarikat tersebut bercadang hendak memohon tanah Rizab Melayu di Machang.

Di Terengganu pula wujud satu konsep apa yang dinamakan Syarikat Pegangan Melayu. Disamping tiga syarat yang perlu ada pada Syarikat Melayu dibawah seksyen 2, ERM (NMB Bab 142), Syarikat Pegangan Melayu Terengganu ini perlu ada satu lagi syarat iaitu salah satu daripada objektif penubuhan syarikat Pegangan Melayu itu hendaklah mempunyai kuasa menguruskan tanah Pegangan Melayu.

Mana-mana syarikat pegangan Melayu Terengganu yang mempunyai keempat-empat syarat itu disifatkan sebagai Melayu.

6 SEKATAN-SEKATAN KEPENTINGAN URUSNIAGA

Undang-undang tanah Rizab Melayu diwujudkan dengan dua objektif utama iaitu:-
a) melarang tanah kerajaan atau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tanah Persekutuan, daripada dilupuskan dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan Melayu; danb) melarang apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) yang melibatkan hakmilik Pegangan Melayu di antara orang Melayu dan bukan Melayu.Bagi mencapai maksud kedua-dua objektif itu, ERM memperuntukan beberapa sekatan seperti:-
1. Pelupusan
Mana-mana Tanah Kerajaan atau Tanah Persekutuan yang termasuk ke dalam satu Rizab Melayu tidak boleh diberimilik, dikeluarkan TOL atau Permit kepada orang bukan Melayu .Sekatan-sekatan dari segi urusniaga pula, kedudukannya adalah seperti berikut:-
2. Pindahmilik
Tanah Rizab Melayu tidak boleh dipindahmilik kepada bukan Melayu kecuali pindahmilik bersilang dengan syarat borang-borang pindahmiliknya diserahkan serentak kepada pihak berkuasa pendaftaran yang sepatutnya.
3. Gadaian
Gadaian kepada bukan Melayu juga dilarang. Walau bagaiamanapun terdapat satu pengecualian di mana ianya boleh dibuat dengan memohon kebenaran PBN Perlu dinyatakan bahawa jika tanah yang digadaikan kepada mereka ini terpaksa dilelong maka hanya orang Melayu sahaja boleh membeli atau menangkap lelongan tersebut.
4. Pajakan
Tanah Rizab Melayu hanya boleh dipajakan kepada Melayu,
5. Lien
Lien 100% tidak dibenarkan, baik kepada Melayu apatah lagi kepada bukan Melayu.
6 Sekatan-sekatan Bukan Urusniaga
Selain daripada sekatan-sekatan yang melibatkan pelupusan dan urusniaga, terdapat lagi beberapa bentuk sekatan yang dikenakan. Di antaranya ialah :-

a. Kaveat
Orang bukan Melayu tidak boleh memasukkan apa-apa kaveat persendirian ataupun kaveat amanah keatas hakmilik Pegangan Melayu, melainkan orang bukan Melayu itu bertindak sebagai ejen kepada prinsipalnya yang terdiri daripada orang Melayu.Walau bagaimanapun tidak ada sekatan yang dikenakan sekiranya Pendaftar memasukkan satu kaveat Pendaftar keatas mana-mana Pegangan Melayu.

b. Perletakhakkan
Sekiranya seorang Melayu itu diisytiharkan dengan sempurnanya sebagai bankerap, maka tanah Pegangan Melayunya tidak boleh diletakhak kepada Ketua Pengarah Insolvensi-Pegawai Pemegang Harta [ Official Assignee ] mengikut Akta Kebankerapan 1967. Oleh itu jika permohonan dibuat oleh Ketua Pengarah Insolvensi dibawah seksyen 349 KTN untuk meletakhak tanah Pegangan Melayu itu kepadanya, permohonan itu hendaklah ditolak. Walau bagaimanapun , Pendaftar boleh memasukkan satu kaveat Pendaftar bagi melindungi kepentingan Kerajaan Persekutuan ke atas tanah Pegangan Melayu itu.
c. Penahanan (Attachment)
Mana-mana hakmilik Pegangan Melayu tidak boleh ditahan bagi menyempurnakan satu dekri atau perintah oleh mana-mana Mahkamah sekiranya dekri atau perintah bermaksud untuk diberikan kepada bukan Melayu.
d. Amanah
Mengikut seksyen 145 orang Melayu tidak boleh mengwujudkan apa-apa amanah yang memberi faedah kepada bukan Melayu. Sekatan ini terpakai jika ianya melibatkan hakmilik Pegangan Melayu.
e. Pemberian Probat
Di bawah seksyen 15, tiada apa jua probat atau ‘letters of administration’ yang melibatkan Pegangan Melayu boleh diberikan kepada bukan Melayu.
f. Surat Kuasa Wakil
Apa-apa borang urusniaga yang melibatkan hakmilik Pegangan Melayu yang ditandatangani oleh orang bukan Melayu bagi pihak tuanpunya Melayunya dengan menggunakan surat kuasa wakil tidak boleh didaftarkan.

RUMUSAN
Sebagai rumusan, demi mencapai objektif tanah rizab melayu, undang-undang ERM menegaskan bahawa kesemua urusniaga atau pelupusan atau percubaan untuk membuat apa-apa urusniaga atau pelupusan atau percubaan untuk membuat apa-apa urusniaga atau pelupusan yang bertentangan dengan undang-undang tersebut adalah terbatal.Akhir-akhir ini mengikut satu kajian yang telah diadakan, mendapati bahawa kawasan/keluasan tanah rizab melayu semakin mengecil setelah diambilbalik untuk tujuan pembangunan semasa yang pesat dan tidak diganti semula sebagaimana kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Sumber dari http://pesanan-pesanan.blogspot.com/

POLITIK: CANDU PENJAJAH UMAT

Oleh Ibn Ramadan (http://sanaabel.blogspot.com)

Sesungguhnya tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepada Ku - al-Zariyat 56. Segala puji bagi Allah pencipta dan pentadbir segala yang di langit dan segala yang di bumi, selawat serta salam penuh penghormatan kepada penghulu para Ambiya`, Muhammad saw, kaum keluarga Nabi dan semua sahabat yang diredhai Allah swt. Tidak dilupakan kepada semua muslimin dan muslimat yang mewarisi perjuangan mereka sehinggalah ke hari qiamat.
Tidak ada sebuah negeri atau daerah ummat Islam yang ditinggalkan oleh penjajah kepada anak-anak pribuminya melainkan setelah mereka memastikan setiap anak-anak pribumi tersebut menganut fahaman atau mempunyai persepsi yang sama dengan penjajah, melihat dan bermuamalah dengan dunia sekeliling mereka.


Persoalan ini sebenarnya bukan sekadar penjajah berjaya mendoktrinkan spesis pewaris ideologi mereka seperti sekularisma, pragmatisma, nasionalisma dan lain-lain. Tetapi jauh lebih ke dalam dari yang disangkakan ummah selama ini apabila fahaman atau amalan politik sistem demokrasi telah seolah-olah diterima pakai oleh semua pihak, termasuk yang mendakwa mewakili kelompok ummat Islam.

Fahaman ini begitu rakus mencengkam khalayak ummah sehingga mengujudkan `status quo` tertentu di dalam masyarakat ummah seperti yang telah saya sebutkan dalam keluaran yang lalu. Politik pilihanraya sebenarnya satu ruang yang begitu sempit yang diizinkan oleh sistem demokrasi di kebanyakan bekas negara-negara jajahan untuk `menjinakkan` keupayaan ummah berjihad dan bersiasah. Apakah kewajarannya ummah perlu tunduk kepada persepsi atau sistem jahiliyyah tersebut?

Perjuangan ummah sebenarnya tidak perlu terikat atau mengikut rentak kemahuan musuhnya pada zaman mana sekalipun, itulah yang dicontohkan kepada kita oleh junjungan Rasulullah saw. Kenapa kita perlu melihat atau membuat kesimpulan mudah bahawa politik berpilihanraya tersebut adalah medan `jihad` kita zaman sekarang? Lalu kita mencetuskan satu suasana bahawa sesiapa atau golongan lain yang tidak bertungkus lumus menggunakan kaedah itu sebagai tidak berjihad, tidak Islamik.

Saya tidak nampak kewajaran takrifan sebegini melainkan satu escapisme yang nyata dari sekelompok ummah untuk mengabaikan tanggungjawab ataupun amanah berjamaah dan berjihad seperti yang difardhukan oleh Allah swt. Mereka memilih zon selesa dan membiarkan bidang-bidang yang lain dipenuhi oleh ummah sendiri…

Tanggungjawab jihad ataupun siasah itu sendiri, tidak perlu ummah meminta Obama, Olmert atau Pengerusi PBB untuk mentafsirkannya kepada kita, kemudian barulah kita boleh bertindak dan bersiasah menjalankan tugas `jihad` kita menegakkan `perjuangan Islam` dan mendirikan negara Islam. Definisi politik pilihanraya bagi sistem demokrasi yang berjalan sekarang menjadikan ummah alpa kepada tanggungjawab sebenar mereka membangun, menegakkan dan membebaskan ummah dari segala rangkaian sistem jahiliyyah dengan mengamalkan agama yang ummah yakini iaitu Islam. Tetapi ummah diheret membuang masa bertahun-tahun untuk membincang dan menganalisa issu-issu dari sistem jahiliyyah seterusnya memberi komen atau mendedahkan korup penguasa-penguasa (pengamal sistem jahiliyyah).

Sebagai ummat Islam yang menganut ad-Deen yang sebenar, lebih-lebih lagi mereka yang telah meletakkan diri masing-masing di saf hadapan sebagai pejuang-pejuang Islam, sepatutnya lebih dahulu maklum bahawa sistem jahiliyyah itu sendiri yang pincang dan korup. Mana mungkin pengamal-pengamalnya tidak pincang dan korup. Tidak ada dalam fikrah penganut Deenul-haq untuk mengiktiraf atau meyakini bahawa masih ada ruang untuk pengamal-pengamal sistem yang lain dari al-Islam dalam kehidupan mereka.

Terlalu dangkal dan hina rasanya jika ummah yang kalut dan sibuk menegur si anu bin si anu tidak layak menjadi penguasa no 1 negara pengamal sistem demokrasi (jahiliyyah), seolah-olah jawatan no 1 itu agenda agama kita pula, sedangkan tugas kita ialah membebaskan semua ummah dari mengikut atau menjadi hamba penguasa no 1 tersebut, supaya menjadi pengikut atau hamba Penguasa No 1- Allah swt.
Tiada makna jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya menjadi penguasa no 1 atau menggantikan pemegang jawatan tersebut dengan menjunjung di kepala sistem yang sedia ada. Bila perbezaannya adalah sistem, cara hidup, muamalah - maka jalan, cara serta kaedah-kaedah untuk sampai juga tentulah berbeza.
Pemerintahan Saidina Umar dapat membebaskan Baitulmaqdis dahulu apabila beliau dan tenteranya tidak meletakkan sistem jahiliyyah ketika itu di kepala, tempatnya di bawah telapak kaki mereka! Empayar Parsi runtuh dan hancur apabila tentera dan ummat Islam sehati sejiwa melihat mereka hina tak layak menguasai dunia yang pemilik sebenarnya ialah hamba-hamba Allah yang bertaqwa. Barulah diketika itu seorang mujahid mampu dengan kuda-kudanya memijak dan menjatuhkan kebesaran dan kesombongan kisra.


Tidak timbul masalah anugerah-anugerah kebesaran (jahiliyyah) diberikan kepada pelakon bollywood menjadi issu besar `ummat`. Bukan urusan dan sebab kita berlaku kepincangan dan kemelesetan ekonomi negara dan serantau. Bukan asuhan atau didikan kita juga akhlak muda-mudi runtuh. Persoalan-persoalan, anugerah, kemelesetan dan muda-mudi yang tenat bukan akibat dari agenda agama kita (Islam), sebab itu kita tidak akan sibuk dengan urusan jahiliyyah, tetapi tak cukup masa serta kakitangan untuk berusaha membebas, menegakkan dan membangunkan keupayaan ummah dengan menggunakan seluruh potensi ummat Islam yang berorientasikan ad-Deen kita.

Ummah yang sedar akan merasa hairan melihat ada dikalangan kita yang siang malam, pagi petang menghalakan segala potensi ummah membuat kerja sia-sia membina dan mempertahankan sistem jahiliyyah. Dengan kata lain menegur dan mengkritik supaya `tak sepatutnya buat begitu tetapi kena buat begini… ..anugerah itu tak layak bagi kat `maarup tuu` tapi bagilah kat aku atau pun orang-orang aku sama.` Awat! Bila bagi kat aku atau orang-orang aku… anugerah itu jadi anugerah Islam ka? `Dato` Mufti tu tak patut diberhentikan kerana masih muda dan ternyata sihat lagi…ini semua kerana ada kaitan dengan kepentingan politik pihak-pihak tertentu`. Awat kekalkan dia atau lantik `tok peti` baru mampukah dia mendaulatkan Islam? `Kita perlu buat rombongan pi mengadap golongan berdarjat, jangan biarkan musuh saja yang bersahabat dengan yang berdaulat.` Awat ! kekalkan golongan koperat dan keparat ini menguntungkan ummat? Merekalah spesis lintah darat yang pandai-pandai mengaku ketua bagi ummat Nabi Muhammad! Ciiss!! Minta simpang…dijauhkan Allah dari bersyubahat dan bersahabat.

Ya! malang bagi ummat selama… puluhan tahun ini menjadi penagih yang tegar kepada candu yang ditinggalkan penjajah mereka sendiri. Politik pilihanraya dalam sistem yang bukan Islam biar sebagai mana indah dan molek rupa parasnya, sebenarnya palsu, memukau, memabukkan, khayalan…lagha…!

Menjanjikan jalan pintas kepada ummat kononnya….
Perjuangan Islam mesti bermula dan berjalan, seterusnya berkembang serta meraih kejayaannya dengan uruf atau akhlaknya yang tersendiri. Akhlak atau uslub perjuangan yang tidak tunduk kepada kehinaan para makhluk tetapi patuh serta tunduk lalu sujud mencari keredhaan Allah Azzawajalla.


` Permulaan Islam itu dalam keadaan dagang, dan akan kembali dagang,.
Maka berbahagialah orang-orang yang bersama-sama orang-orang yang dagang.` Sekian dahulu untuk pertemuan dan perbincangan pada kali ini, semoga kita semua diberi hidayah oleh Allah swt, yang mampu dijadikan panduan menjalani perjuangan ini.

Salam ukhuwah!




Terfikirkah Kita

Terasa dihati seakan kita manusia ni mendahului ILAHI...

Tidakah kita sedar bahawa Tuhan sedang memperhatikan kita???
Baru diturunkan sedikit dugaan kita melatah semacam besar benar masalahnya...lupakah kita bahawa Allah menjadikan sesuatu masalah itu untuk kita pulang kepadanya!!!!
Untuk ruku' dan sujud mengadu semua masalah kepadanya....Namun berapa dari kita yang mencari jawapan dalam persoalan melalui DIA????

Adakah hanya bila kita sudah ditimpa malang baru kita nak mencari DIA???
Adakah semurah itu DIA dimata manusia yang diharap menjadi HAMBA namun akhirnya MENDERHAKA!!!!INGATLAH!!!Kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi Mu kerana tiada yang lebih LURUS PENUNJUK ARAHNYA MELAINKAN ALLAH SWT!!!
Segalanya JELAS....
Maka kamu FIKIRKANLAH!!!!Aku yang berfikir!!!!“Jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah” FIKIR-FIKIRLAH...

Ayuh Umat Islam bersatulah ...lupakan sengketa politik..janganlah kita menjadi KUDA TUNGGANGAN KEPADA MEREKA YANG MENGGADAI MARUAH AGAMA DAN BANGSA DEMI MENGEJAR KUASA.

Tuesday, February 3, 2009

WARISAN ( tolonglah hayati lirik lagu ini}

WARISAN...

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesama Kita
Cita Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Peribumi Merintih Sendiri


Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutup Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang


Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri


Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara
Melayu Kan Gagah Di Nusantara
Melayu Kan Gagah Di Nusantara

KISAH LUCU { SUAMI SETUJU}

Suami Setuju

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya.
.
Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju.

Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya

Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...

Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami: Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... aku cincang 8 anu' kau..

Suami: Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!

Monday, February 2, 2009

ADAPTASI KALIMAH BISMILLAH BUAT KEKASIH

ADAPTASI KALIMAH BISMILLAH BUAT KEKASIH
(khas untuk isteri-isteri)

Sayang­­Nabi Muhammad s.a.w bersabda"Tiada seorang hamba pun menggucapkan BismillahKECUALIAlla­h perintahkan malaikat yang bertugasMencatat amal manusia untuk dicatatkanKe dalam buku induknya 400 kebaikan"

SayangBacal­ah bismillah 21 kaliKala tidurmu setiap hariMaka kau akan amanTiada gangguan syaitanTiada kecurian Dijauhi balaDihindari maut mendadak

SayangAmalka­n Bismillah setiap kaliKetika jimak halal kitaNescaya bakal lahirZuriat kita yang solehCerdik dan terbuka hatinyaAgar kita menerima kebajikanSetiap hela nafasnya

SayangDisamp­ing kita berkerjaJangan lupa amalkanBacalah Bismillah 313 kaliBerselawat atas Rasullullah 100 kaliSebaiknya disetiap pagi Ahad Disaat mentari terbitMengadaplah ke KiblatNescaya Allah memberi rezekiTiada terduga oleh kitaBersama fadhal dan kemurahan-Nya


SayangB­acalah Bismillah 786 kaliTiuplah ke airBerikan cahayamata kita minumPada setiap matahari terbitBacalah selama 7hari berturutNescaya hilanglah bebalnyaMudahlah akan ia menghafal apa yang pelajari


SayangBacala­h Bismillah sekiranya kau gentarKalamana kau berhadapan dengan orang bengisBacalah 50kali dihadapannyaInsyaAll­ah dia akan tunduk padamuMungkin ia akan takut padamu

SayangAmalkan Bacaan BismillahPada bila-bila masaDisetiap memulakan sesuatu perkaraAjarilah zuriat kitaAjarilah muridmuAgar mereka beramal Yakin kita pada Allah

Sunday, February 1, 2009

Salam Perkenalan

Salam All The Bro!!!

Hidup Melayu,

Insaflah!!!!

Semoga Islam Selamanya Di Bumi Malaysia!!!